Monday, December 21, 2009


Alhamdulillah selepas berehat selama seminggu pergi bercuti kini tiba la giliran masuk kerja semula.Peh penat la pulak nak bangun dan mandi pagi(biasa lopeh subuh tidur balik)dan bersiap-siap ke tempat kerja.Minggu lepas kami sekeluarga cam gini masih di Pulau Pangkor.Puas mandi laut mandi pulak di kolam renang di hotel.Kami enjoy puas2 mengisi masa cuti.Kini bila dah masuk kerja aku tension la pulak.Ada IQA (Internal Quality Audit)yang terpaksa dibuat bersama-sama laporan prestasi tahunan yang masih belum ku sentuh.Hatta entry ni pun aku buat di cc berhampiran kediaman ku sebab takde masa nak mengadap PC kat ofis tu.Walau apapun tahun baru akan menjelma juga nanti dan kesibukan itu mungkin akan berkurangan dari sehari ke sehari.Kepada semua bloggers aku ucapkan selamat tahun baru Maal Hijrah (masih belum terlambat kan) dan tahun baru masihi yang akan datang.Apa azam tahun baru kau orang semua...?

Thursday, December 3, 2009

Iklan Jawatan Kosong...

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1.. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini..

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1.. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu.. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat..

Monday, November 30, 2009

Hanya di Vietnam






Hanya di vietnam terdapat binatang berbisa seperti ular dan kala jengking diawet untuk dibuat wain atau arak.Ular tedung cobra dan kala itu direndam selama beberapa bulan didalam botol bercampur dengan beras sebelum dicampur dengan wain dan di pasarkan disekitar restoran untuk dinikmati oleh pelancong.

Wednesday, November 11, 2009

Suatu Hari Di Kedai Buku


“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan.
Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil.

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal
satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan
hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil.
Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil.
Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur
pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah
seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina
masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ.

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran.
Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik
berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli
ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba
jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran
lagi” cadang pakcik.. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli
masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi”
senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan.
Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah.
Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil
dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak
imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta
merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli
keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya
berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang
berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak.. usta.. ustazz..” jawab
Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang
dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil.
Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin”
cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz
Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah
tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri.
Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti
mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d”
kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil
bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari
rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.
Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam
wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil,
cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim..
Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM.. RAA..” kedengar
suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar
lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu
AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah
lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli
ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya
sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang
ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak
berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya,
ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah
akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu
orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian
diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi
beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari,
membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang
walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya
dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang
terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi
hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap
hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar
sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz
Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Tuesday, November 10, 2009

Budakkampung is born

Assalamualaikum w.b.t...

Ni entry saya yang pertama.Saya ni baby baru lahir dan saya budak baru belajar.Bak pantun dulu-dulu...kalau salah tolong tunjukkan.