Wednesday, March 31, 2010

Ulang Tahun Perkahwinan Ke 15...


Pada tanggal 26 Mac 2010 hari tu genapla 15 tahun ulang tahun perkahwinan ku yang ke 15. Sedar tak sedar Aisyah yang berumur 15 thn nak ambil PMR tahun ni. Alhamdulillah setakat ni apa jua dugaan diatasi dengan kesabaran walau apa jua bentuk rintangan yang datang dalam melayarkan bahtera rumahtangga dan membesarkan anak-anak.Setakat ni keluarga isteri telah kehilangan ibu dan aku masih lagi 'kaya' kerana masih mempunyai mak dan ayah walaupun telah lanjut usia.Pada ketika usia ku 37, tahun ini, aku sedar masih banyak lagi cubaan dan rintangan untuk meneruskan kehidupan demi mencari sesuap nasi selagi tulang empat kerat mampu digunakan.Perjalanan masih jauh untuk kutempuhi liku-liku diambang 40an dan aku bersyukur diusia 15 tahun ini aku dikurniakan 2 orang anak pengikat kasih sayang semoga kekal hingga hujung nyawa.Amin...