Monday, January 4, 2010

Happy Birthday Ahmad Syahir@11th


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ni genap lah 11 tahun adik sambut hari lahir dan hari ni adik dah masuk ke darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Seksyen 11 Kota Damansara.11 tahun dahulu seingat aku adik lahir semasa bulan puasa di HUKM.Dan kini adik dah besar panjang dan boleh menilai duit RM1,RM5 dan RM10.RM50 dia tak tahu lagi sebab jarang tengok!Pagi tadi aku pergi bayar yuran di sekolah adik kelihatan ceria memulakan hari baru persekolahan bersama-sama kawan-kawannya.Kelihatan juga pelakon kanak-kanak si Maisarah (diari ramadhan rafiq) satu kelas dengan adik tapi adik marah kalau dikenen-kenen maisarah dengannya.katanya maisarah tu gedik dan macam-macam lagi.Walauapapun sebagai Bapa aku mengharapkan adik akan lebih rajin belajar dan jangan tinggalkan solat 5 waktu dan mendapat keputusan cemerlang seperti kakaknya dan sepupunya yang lain.hepi birthday dik!