Wednesday, November 24, 2010

Hepi Besday Aisyah@15

Hepi Besday buat kak long yang ke 15 pada 21 November 2010 yang lalu semoga sukses dalam PMR yang telah diduduki baru-baru ini.Juga tidak ketinggalan abah dan umi sentiasa mendoakan kesihatan, kejayaan dan kesejahteraan kak long di masa-masa hadapan.Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki...Amin.


Friday, October 29, 2010

Hepi Birthday Buat PakNdak@Halym.net

Buat PakNdak semoga ceria-ceria selalu disamping keluarga tercinta semoga dimurahkan rezeki,panjang umur dan sihat-sihat selalu.(jgn lupa makan ubat)dan minat anda terhadap fotografi harap dapat diteruskan kerana tiada seorang pun diantara keluarga kita mempunyai minat seperti anda.Tahun depan umur anda dah mencecah ke umur dewasa matang dan menurut cerita yang saya dengar Imam Syafie tatkala berumur 40 tahun beliau mula memakai tongkat untuk menginsafkan diri yang beliau telah memasuki umur tua dan meninggalkan zaman muda.sama-sama lah kita renungkan, sekian.

Wednesday, October 20, 2010

Happy Birthday Ruzitah Bt. Shamsudin...37 Tahun

Happy Birthday Ruzitah Bt. Shamsudin...

Semoga sihat-sihat selalu, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...


Tuesday, August 10, 2010

Air Pancut Termahal Dan Terbesar Di Dunia...

Bersebelahan dengan bangunan tertinggi di dunia setakat ni, Burj Dubai air pancut ini dibina dalam tasik yang dikelilingi bangunan ini. Air pancut setinggi 500 kaki ini dikatakan menggunakan 22,000 gelen air untuk menjadikan ianya terpancut setinggi itu sepanjang 900 kaki.Dengan menggunakan 6,000 sport lights dan 25 projector warna, air pancut ini seakan menari-nari diatas kolam ini pada waktu malam.















Monday, May 31, 2010

Wilayah Di Atas Awan Terletak Di Iran...







Memang menakjubkan ada pulak satu wilayah di Iran yang terletak di atas awan.Ini bermakna penduduk disitu menginap di tempat paling tinggi dan suhunya tentu lah dingin.Seperkara lagi kalau lokasi ini menjadi laluan kapalterbang tak ke hari2 boleh tengok kapal terbang melintas? Tapi persoalannya bagaimana nak sampai ke tempat ni eh....Lu fikir la sendiri...

Wednesday, May 26, 2010

Fuyoo Depan Kete Belakang Motor...







Macam-macam la orang puteh ni cipta...depan direkabentuk untuk memandu seperti kete biasa lengkap dengan aksesori canggih dan ada dua tayar manakala belakang pula seperti motor dengan ekzos dan satu tayar seperti rekabentuk motor biasa. Hai... dah takda apa yang nak dicipta ke atau saje nak cari nama....Anda pula bagaimana ingin mencuba..?

Monday, May 17, 2010

Kereta Terkecil Di Dunia...





Kereta seberat 59kg ini dinamakan Peel 50 ada dipamerkan di Muzium 'Believe it or not'.Pada tahun 1964 kereta yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan ini dijual pada harga 294 Dollars. Kereta ini muat untuk tempat duduk pemandu dan mempunyai 2 tayar hadapan dan 1 tayar belakang.Kereta ini sangat efisyen di laluan pejalan kaki dan sangat popular masa kini.Anda mahu mencuba...?

Wednesday, April 21, 2010

Menara Jam Tertinggi di Dunia Bakal Dibina di Mekah...




Jam ini boleh dilihat dari jarak 17km pada waktu siang dan 11-12km pada waktu malam.

Wednesday, March 31, 2010

Ulang Tahun Perkahwinan Ke 15...


Pada tanggal 26 Mac 2010 hari tu genapla 15 tahun ulang tahun perkahwinan ku yang ke 15. Sedar tak sedar Aisyah yang berumur 15 thn nak ambil PMR tahun ni. Alhamdulillah setakat ni apa jua dugaan diatasi dengan kesabaran walau apa jua bentuk rintangan yang datang dalam melayarkan bahtera rumahtangga dan membesarkan anak-anak.Setakat ni keluarga isteri telah kehilangan ibu dan aku masih lagi 'kaya' kerana masih mempunyai mak dan ayah walaupun telah lanjut usia.Pada ketika usia ku 37, tahun ini, aku sedar masih banyak lagi cubaan dan rintangan untuk meneruskan kehidupan demi mencari sesuap nasi selagi tulang empat kerat mampu digunakan.Perjalanan masih jauh untuk kutempuhi liku-liku diambang 40an dan aku bersyukur diusia 15 tahun ini aku dikurniakan 2 orang anak pengikat kasih sayang semoga kekal hingga hujung nyawa.Amin...

Thursday, February 18, 2010

Bandar Paling Indah Di Dunia...

Setiap orang inginkan keindahan.Pakaian yang indah, rumah yang indah dan semuanya nakkan serba-serbi hidup yang indah malah syurga itu pun indah di mata dan hati.Tak dapat dibayangkan tentang keindahannya.Disini entry ini memaparkan tentang keindahan bandar Vancouver di Kanada yang telah menang sebagai Bandar paling indah didunia selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2006,2007 dan 2008!












Monday, January 4, 2010

Happy Birthday Ahmad Syahir@11th


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ni genap lah 11 tahun adik sambut hari lahir dan hari ni adik dah masuk ke darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Seksyen 11 Kota Damansara.11 tahun dahulu seingat aku adik lahir semasa bulan puasa di HUKM.Dan kini adik dah besar panjang dan boleh menilai duit RM1,RM5 dan RM10.RM50 dia tak tahu lagi sebab jarang tengok!Pagi tadi aku pergi bayar yuran di sekolah adik kelihatan ceria memulakan hari baru persekolahan bersama-sama kawan-kawannya.Kelihatan juga pelakon kanak-kanak si Maisarah (diari ramadhan rafiq) satu kelas dengan adik tapi adik marah kalau dikenen-kenen maisarah dengannya.katanya maisarah tu gedik dan macam-macam lagi.Walauapapun sebagai Bapa aku mengharapkan adik akan lebih rajin belajar dan jangan tinggalkan solat 5 waktu dan mendapat keputusan cemerlang seperti kakaknya dan sepupunya yang lain.hepi birthday dik!