Thursday, December 1, 2011

Tahniah Ahmad Syahir...



Alhamdulillah berkat usaha adik selama ni...beliau berjaya mendapat 4A1C dalam peperiksaan UPSR baru-baru ni.Umi, Abah dan Kaklong sangat berbangga dengan pencapaian adik dan semoga keputusan ini mendorong adik untuk lebih berjaya di masa hadapan...Amin.

Monday, March 28, 2011

Ulang Tahun Perkahwinan Kami Yang Ke 16

Alhamdulillah pada 26 Mac yang lalu genap lah usia perkahwinan kami yang ke-16.Bagi tahun ini aku nak selalu ke dapur tolong apa-apa yang patut memandangkan isteri kurang sihat. Sememangnya aku tidak cerewet dengan apa yang di masak isteri walaupun kadang2 selera kurang tajam tetapi dah 16 tahun hidup bersama ini aku telan jelah apa yang ada depan mata.Aku selalu berdoa agar isteri jangan lupa makan ubat begitu juga aku demi menempuh perjalanan yang masih jauh.semoga Allah kurniakan rezeki buat kami dan sentiasa berbahagia disamping anak-anak tercinta.


Wednesday, January 5, 2011

Hepi Besday Syahir Ke 12

Pada 4 January 2011 genap syahir berumur 12 tahun. Gelaran Adik masih dipanggil kerana dia yang bongsu. Semalam dia sarapan burger Double cheese Mc'D kesukaannya sebelum ke sekolah. Bila ditanya nak makan apa...dia tak nak kek harijadi tapi cuma burger.Semalam juga dia orang pertama buat i.c di JPN Kota Damansara.Dia juga murid tertua di semua 5 kelas darjah enam di sekolahnya.Tahun ni dia akan menghadapi peperiksaan UPSR semoga dia mendapat keputusan cemerlang.Umi dan Abah sentiasa mendoakan kejayaan Adik dan dimurahkan rezeki dan panjang umur.Amin...