Wednesday, April 18, 2012

Se-Malam Bersama Tok Guru Presiden PAS



Malam tu jam 7.45 aku ke Masjid Kuning untuk menghadiri kuliah maghrib Tn. Guru Hj Abdul Hadi Awang.Walaupun terlewat, kuliah telah bermula lebih 10 minit tetapi orang ramai telah memenuhi ruang solat masjid aku cuba mencari ruang untuk duduk.Jam 8.55 kuliah berakhir dan solat isyak.Selepas solat isyak aku berkesempatan bersalam dengan tn. guru dan bila aku melangkah keluar tiba-tiba timbalan nazir yang ku kenali ust. reduan menegurku..."anta tahu rumah bob kuman?,tok guru nak gi ziarah ni"..lantas aku kata "tingkat 4 blok ana tapi tak tahu pintu mana..."

Selepas itu aku pun terus balik ke blok dan selepas meletakkan motosikal dibawah blok aku tunggu di guard post...menunggu ketibaan tn guru dan ajk2 masjid tadi.setelah mereka sampai aku membiarkan sekolompok mereka menaiki lif dahulu sementara aku menyusul kemudian.Setelah tiba di rumah bobkuman kelihatan bob kuman sedang berbual2 dengan tn guru didalam bilik beliau kerana keadaan bobkuman yang tidak boleh bergerak.Setelah tn guru menyampaikan sedikit sumbangan, aku keluar dulu bagi mendapatkan lif untuk turun.Masa nilah kelihatan tn guru dan drivernya beserta aku turun lif bersama2 sehingga ke bawah blok.Setibanya dibawah blok,aku memberanikan diri bercakap dengan tn guru meminta izin untuk bergambar.mujur rakan ku sharil bawa samsung galaxy notenya dan klik...sayang sekali terasa diri ini kecil berbanding aura tn guru sehingga tak terlintas untuk memeluknya sewaktu bergambar.setelah itu aku bersalam buat kali kedua.sewaktu mencium tangannya teringat aku pada arwah bapaku dimana sudah hampir 5 bulan aku tidak pernah bersalam dengan mana2 lelaki dan mencium tangannya kecuali arwah bapaku.sekian kisah pada malam 17 April 2012...

1 comment: